Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Pengasas Microsoft Dan Isterinya Melinda, Mengumumkan Perceraian Selepas Berkahwin 27 Tahun

Pengasas Microsoft, Bill Gates dan isterinya Melinda, mengumumkan perceraian selepas berkahwin 27 tahun.

Pengumuman itu dibuat mereka yang juga antara pasangan paling kaya dunia dengan nilai kekayaan AS$130 billion (RM533.54 bilion), menerusi Twitter.

“Selepas pertimbangan yang panjang dan usaha yang banyak untuk memulihkan hubungan, kami memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan kami,” kata mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama menerusi Yayasan Bill & Melinda Gates, program kebajikan yang menyalurkan dana kepada kesihatan global, kesaksamaan jantina dan pendidikan serta lain-lain lagi.

“Kami akan terus berkongsi misi dan akan terus bekerja bersama-sama di yayasan, tetapi tidak percaya dapat bersama-sama sebagai pasangan untuk fasa berikutnya dalam hidup kami.”

Pengumuman itu dua tahun selepas pengasas Amazon, Jeff Bezos, yang juga antara individu terkaya dunia mengumumkan perceraian dengan isterinya, MacKenzie.

Melinda Gates, 56, berkahwin dengan Bill pada 1994 ketika dia bekerja dengan firma teknologi berkenaan.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga anak. – AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close