MalaysiaPilihan Editor

Sukan Komanwel: Emas Buat Negara, Tahniah Aniq dan Aznil! – PM

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat negara yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara masing-masing pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hari ini.

Perdana Menteri dalam hantaran melalui Facebook beliau, menzahirkan ucapan itu kepada Mohamad Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada Malaysia pada temasya sukan berkenaan melalui kategori 55 kilogram (kg).

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Syabas saya ucapkan! Semoga atlet kita yang lain akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara,” katanya.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang menyumbang pingat emas kedua negara melalui kategori 61kg pada temasya sukan berkenaan.

“Satu lagi pingat emas daripada skuad angkat berat negara!

“Tahniah Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018.

Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baharu dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

“Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang!” katanya.

Anak kelahiran Kedah itu melakukan angkatan snatch 127kg dan clean & jerk 158kg. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close