Ekonomi Islam & GlobalGovernans

Penilaian IMF: Kekuatan Ekonomi Malaysia Harus Mampu Mendepani Cabaran Global – Johari

Fokus kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi penting supaya negara mampu mendepani sebarang cabaran di sebalik ketidaktentuan global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kekuatan ekonomi Malaysia bergantung kepada keupayaan kerajaan memfokuskan hala tuju dan pergerakan ekonomi.

“Setiap kali bila dia (IMF) bagi laporan itu, dia bagi laporan dalam keadaan apa yang dia nak nampak, tetap masa depan kita kena strukturkan.

“Kita yang patut pastikan bahawa dalam apa sahaja tindakan yang kita buat ini, kita tidak boleh ‘off track’.

“Kekuatan kita bergantung kepada bagaimana kita memfokuskan pergerakan ekonomi kita ini supaya kita boleh berdepan dengan apa sahaja cabaran ke hadapan,” katanya kepada Buletin TV3 selepas merasmikan Program Khatan MADANI 2.0 di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penilaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prestasi ekonomi negara.

Tegasnya, kepentingan semua pihak untuk sentiasa peka dan bersatu dalam mengharungi proses pembangunan ekonomi negara adalah penting.

Selain kestabilan politik adalah faktor utama yang tidak dapat diukur sepenuhnya melalui laporan antarabangsa, sebaliknya ditentukan oleh negara sendiri.

“Kita sendiri yang menentukan kestabilan politik. Apabila wujud kestabilan politik, banyak cabaran dan masalah pada masa hadapan dapat diatasi,” tambahnya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close