Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Kerjasama Strategik Antara Agensi Kerajaan & Swasta Perlu Diperhebatkan Di Paris Menerusi GLOPEC

Barangan "Made In Sabah" Perlu Dilihat Menarik Untuk Dipasaran

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my di Paris, Perancis.

Banyak maklumat dan idea yang diberikan oleh pejabat kedutaan Malaysia di Perancis kepada wakil Kumpulan Yayasan Sabah dan Pusat Sehenti Usahawan Global  (GLOPEC) mengenai usaha menerokai pasaran Eropah.

Ia termasuk penghantaran barang-barang menerusi rakan-rakan strategik (friendly parties) dan negara-negara yang mempunyai ramai masyarakat Asia seperti di Belanda dan United Kingdom.

Minister Counsellor, Abdullah Ma’amor Ibrahim berkata pendekatan ini akan memastikan barang-barang Malaysia khas dari Sabah diterima dalam pasaran yang semakin kompetitif berikutan pendekatan aktif negara-negara dari Asia Tenggara.

Sabah yang kaya dengan barang-barang kraftangan unik dan menarik boleh menerokai pasaran Eropah pada harga yang berpatutan.

Kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan pihak swasta perlu diperhebatkan agar barang-barang Sabah dilihat menarik untuk dipasarkan.

Abdullah menerima kunjungan hormat pegawai Kumpulan Yayasan Sabah dan GLOPEC  di Kedutaan Malaysia di Rue Benouville, Paris. Yayasan Sabah diwakili oleh Setiausaha Korporatnya, Hanafiah Diman.

GLOPEC bersama Kumpulan Yayasan Sabah akan memanfaatkan penyertaan dalam pameran inovasi makanan terbesar dunia iaitu Salon International de l’Alimentation (SIAL) di Paris untuk memperkembang potensi produk ‘Made in Sabah’.

GLOPEC melalui kenyataan media berkata, pameran lima hari bermula 15 Oktober hingga 19 Oktober itu menjanjikan potensi memberangsangkan untuk produk berasaskan makanan dan minuman halal serta sihat dari Sabah, begitu juga sektor kraftangan untuk memperkembang capaian khususnya ke pasaran Perancis dan Eropah.

“Pasaran Perancis dan Eropah adalah pasaran antarabangsa yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan menyediakan peluang yang luas dari segi kolaborasi bisnes.

“Justeru, delegasi GLOPEC dan juga Sabah akan memanfaatkan peluang unik SIAL di Paris untuk bertemu mata dan membina jaringan bersama pembekal serta peruncit dalam talian yang berminat meneroka bisnes dan membeli produk ‘Made in Sabah’ini,” katanya.

Penyertaan dalam SIAL di paris adalah inisiatif promosi perdagangan kedua selepas misi perdagangan dan promosi ‘Taste of Sabah’ di London pada Mei lalu.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close