MalaysiaPilihan Editor

PRN JOHOR: BN Malar Segar, Faham Aspirasi Orang Muda – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi muda bahawa gabungan itu bersifat malar segar, malah tidak pernah gagal atau terkhilaf memahami aspirasi golongan muda.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, beliau menyifatkan BN tetap relevan sejak 1973 dan perkara itu penting untuk pengetahuan pengundi muda bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

“Muda bukan tentang usia parti, namun dasar dan agenda yang akan memanfaatkan golongan muda mahupun lama,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, BN juga adalah gabungan parti yang padu, kukuh, konsisten dan mampan berbanding parti gabungan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata BN dibarisi gandingan pimpinan lama dan baharu yang padat dengan pengalaman, pengetahuan, idea serta inspirasi yang segar dan baharu, sekali gus mengangkat kepentingan rakyat setiap kaum, agama, jantina dan peringkat umur.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close