Ekonomi Islam & Global

PETRONAS Sedia Mulakan LNG Canada Tahun Ini

PETRONAS meningkatkan persediaan untuk memulakan LNG Canada tahun ini menerusi penambahan tiga lagi kapal gas asli cecair (LNG) cekap tenaga baharu terutamanya bagi penghantaran dari Amerika Utara kepada pelanggannya.

Dengan penambahan tiga kapal baharu itu yang dikenali Puteri Sejinjang, Puteri Mahsuri dan Puteri Mayang, jumlah kapal LNG khusus untuk operasi PETRONAS di Amerika Utara ialah sebanyak enam kapal.

Penamaan tiga kapal pertamanya diadakan pada Januari 2024 dengan dinamakan sebagai Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong.

Kapal itu dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan, yang setiap satunya mempunyai kapasiti kargo 174,000 meter padu dan adalah kapal terbesar dalam pelbagai saiz armada kapal PETRONAS.

“Dengan kapal baharu ini, PETRONAS mengukuhkan komitmennya untuk menyampaikan bahan api pilihan yang sangat diperlukan itu kepada pelanggannya dengan cara yang cekap dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan.

PETRONAS mempunyai 25 peratus kepentingan dalam LNG Canada di Kitimat, British Columbia yang adalah salah satu loji intensiti pelepasan karbon terendah di dunia.

Kemudahan itu dijadualkan untuk dimulakan kemudian tahun ini.

Dengan pengembangan strategik armada LNGnya, PETRONAS bukan saja meningkatkan kesediaannya untuk memulakan LNG Canada, tetapi turut menekankan komitmennya sebagai rakan kongsi tenaga progresif yang menyediakan penyelesaian rendah karbon untuk pelanggannya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close