Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Industri Pelancongan Islam Jana Hasil Tinggi Kepada Negara

Industri pelancongan Islam mampu menjana hasil yang lebih tinggi kepada negara kerana sektornya yang lebih luas berbanding industri pelancongan domestik.

Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islamik (ITC), Datuk Dr Mohmed Razip Hasan, berkata ini kerana industri pelancongan Islam berkait rapat dengan industri halal dan memberi peluang yang lebih besar kepada negara.

Mohmed Razip berkata, pihaknya dimaklumkan jumlah pasaran industri pelancongan Islam itu mampu mencecah sehingga RM10billion kerana saiz pasarannya agak besar dan meluas.

“Tidak perlu lihat jauh, saya beri contoh industri makanan itu sendiri banyak peluang yang kita nampak. Kalau dulu kita hanya lihat pada restoran sahaja, namun kini pelancong lebih lihat kepada kafe atau bistro.

“Pelancong muslim ini adalah satu kelompok atau komuniti yang jika pergi melancong, mereka melancong dengan keadaan bergaya iaitu dengan pakaian muslimahnya dan banyak kini jenama pakaian yang mula perkenalkan pakaian yang mudah dibawa solat.

“Jadi ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh masyarakat, terutamanya golongan belia. Mereka seharusnya berkecimpung dengan perniagaan yang berasaskan mesra muslim atau keperluan syariah,” katanya ketika bual bicara bersama IkimFM, hari ini.

Mohmed Razip berkata, Malaysia adalah negara ulung dalam industri pelancongan Islam dan sudah mendapat banyak pengiktirafan dari dalam negara dan antarabangsa.

“Di Asean sendiri ada lebih 250 juta penduduk muslim dan kelompok ini besar yang secara tidak langsung memberi gambaran bahawa ia adalah satu potensi besar kepada negara.

“Diharapkan penggiat pelancong dalam negara ini nampak potensi berkenaan dan bersiap sedia dengan kemasukan pelancong muslim kelak,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close