Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

POS MALAYSIA HANTAR KIT KESIHATAN KEPADA LEBIH 3 JUTA KELUARGA B40 DI SELURUH NEGARA

Pos Malaysia, antara jenama Malaysia yang dipercayai, berbangga dilantik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penghantaran ‘Pakej Penjagaan’ Covid-19 (PPC) kepada lebih 3 juta keluarga B40 di seluruh negara. 

Inisiatif PPC ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 September 2021, di mana setiap keluarga disediakan ‘Pakej Penjagaan’ yang mengandungi pelitup muka guna semula, kit ujian kendiri Covid-19, oximeter dan termometer, serta risalah penggunaan dan maklumat kesihatan dalam setiap pakej. 

“Kami amat berbangga menjadi penyedia penghantaran pilihan oleh KKM dan diberi kepercayaan untuk menghantar ‘Pakej Penjagaan’ tersebut kepada ramai keluarga.

“Saya amat berbangga dengan lebih 15,000 WIRA (kakitangan) Pos Malaysia yang telah gigih memastikan rakyat Malaysia kekal terhubung dan kami akan memastikan semua PPC dihantar tepat pada masanya,” kata Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia

Pos Malaysia telah menghantar lebih 360,000 PPC setakat ini dan dijangka dihantar sepenuhnya menjelang Jun 2022. 

“Membina kepercayaan adalah penting bagi kami, untuk terus menghubungkan kehidupan dan perniagaan bagi memastikan masa hadapan yang lebih baik.

“Sebagai satu pasukan kami menghantar, kami menghubungkan dan kami memperbaiki kehidupan.

“Pos Malaysia berbangga menyediakan perkhidmatan kepada setiap alamat di Malaysia, lebih 9 juta alamat di seluruh negara, tidak kira panas atau pun hujan,” tambah Charles. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close