Duniaku TeknokratEkonomi Islam & GlobalPilihan Editor

RCI Tabung Haji Akan Naik Semula Reputasi, Pulih Imej & Bina Identiti Syarikat Konglomerat Kewangan Islam Utama – Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara melahirkan harapan tinggi bahawa cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) akan menaikkan semula reputasi syarikat konglomerat kewangan Islam utama di Malaysia dan global.

Menerusi RCI kelak, Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berpandangan bahawa TH dijangka memulihkan semula imej dan membina kembali identiti pengiktirafan dunia sebagai contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif dalam kalangan negara Islam.

Dalam hal ini, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara yakin siasatan RCI kelak membolehkan TH yang mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan dan Operasi Haji dan Pelaburan Dana akan memberi pulangan kepercayaan yang diyakini kepada lebih 10 juta pendeposit.

“Pendeposit mempunyai hak mutlak menerusi RCI untuk mendapatkan kebenaran dan maklumat tepat berhubung tadbir-urus, integriti dan operasi yang berlaku antara 2014 hingga 2020,” ujar Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan keanggotaan RCI perlu turut disenarai-lantik dalam kalangan Ahli Dewan Negara sebagai penggubal undang-undang di dewan tertinggi perundangan negara yang membangkitkan sesuatu isu demi kesejahteraan rakyat dalam banyak perkara terutama kepentingan bersama dan masa depan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close