Kedai RuncitPilihan Editor

Richiamo Mart Buka Cawangan Kedai Runcit Pertama Di Bangi

Richiamo, jenama kopi tempatan mencipta sejarahnya yang tersendiri menerusi pembukaan cawangan kedai serbaneka Richiamo Mart yang pertama di sini, sekali gus meluaskan penguasaannya dalam industri peruncitan serta makanan dan minuman (F&B) Bumiputera.

Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn Bhd, Wan Najib Wan Daud, berkata pihaknya menyasarkan membuka 10 cawangan yang berkonsepkan kafe dan kedai runcit membabitkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta sehingga RM3 juta.

Beliau berkata, pembukaan Richiamo Mart adalah untuk memberi pilihan kepada pelanggan selain menyediakan platform kepada usahawan tempatan terutamanya Bumiputera memasarkan produk mereka.

Katanya, ketika ini terdapat jenama-jenama usahawan tempatan yang telah memasarkan produk mereka menggunakan platform Richiamo Mart dan berhasrat dapat meningkatkannya kepada 60 hingga 70 peratus.

“Kami berhasrat majoriti produk dalam Richiamo Mart adalah produk keluaran tempatan selain dari jenama nasional yang terkenal. Kami memperkenalkan konsep kafe di dalam kedai runcit di mana pelanggan boleh menikmati makanan seperti kopi, aiskrim, oden, serta makanan segera di makan sambil membeli belah barang keperluan,” katanya selepas majlis perasmian Richiamo Mart yang pertama di sini.

Majlis dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

 

Richiamo Mart memperkenalkan konsep kafe di dalam kedai runcit - Foto BERNAMA
Richiamo Mart memperkenalkan konsep kafe di dalam kedai runcit – Foto BERNAMA

Cawangan kedua dan ketiga Richiamo Mart akan dibuka tidak lama lagi di Petron Cheng, Melaka dan Seremban Oasis, Negeri Sembilan.

Manakala, cawangan keempat di Taman Dato Onn Johor Bahru dan cawangan kelima di Caltex Lebuh Raya Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

Wan Najib berkata, Richiamo Mart adalah cabang perniagaan baharu di bawah Kumpulan Richiamo selain daripada Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara.

Beliau berkata, penubuhan Richiamo Mart adalah kerana ia memberi pilihan terbaharu kepada pelanggan, sekali gus menyediakan satu platform kepada usahawan tempatan mempromosikan produk keluaran masing-masing selain dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Sememangnya perniagaan seperti ini selain mewujudkan rantaian perniagaan yang berterusan ia juga mampu memberi skala ekonomi yang luas dan sudah tentunya memberi banyak peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat serta peluang menjadi usahawan,” katanya.  BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close