Dimensi BisnesPilihan Editor

Diskaun 20 Peratus Semua Penerbangan Domestik AirAsia

AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk penerbangan dalam negara, sejajar peningkatan perkhidmatan penerbangan domestiknya.

Tempahan tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang sehingga 9 Ogos 2020, untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos dan 6 Disember 2020.

Pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan melalui SNAP yang menawarkan diskaun tambahan sebanyak 25 peratus untuk penerbangan dengan jaminan nilai terbaik kombo penerbangan dan hotel.

Kombo ini termasuklah penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama tiga hari dua malam, antaranya penginapan di Vivanta Resort Langkawi dan The Prestige Hotel Penang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata perjalanan udara kekal menjadi kaedah penghubung yang penting pada masa ini, dengan jumlah pelancong domestik juga memberangsangkan, apabila lebih daripada 500,000 tempat duduk terjual sepanjang Julai, yang mana tempoh perjalanan paling tinggi adalah pada cuti hujung minggu lalu sempena Hari Raya Aidiladha.

“Kini kami menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di Malaysia, supaya semua orang boleh terbang dengan harga berpatutan.

“Promosi ini juga tepat pada masanya untuk pelajar universiti, ibu bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan untuk semester yang akan datang. Kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pihak berkepentingan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang lebih menarik dan berpatutan untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Jika terdapat sebarang perubahan pada rancangan perjalanan, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan tetamu yang melakukan perjalanan sehingga 31 Disember 2020 kelebihan untuk mengubah tarikh penerbangan dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close