GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kerajaan Tahu Sumber Kewangan Untuk Naik Gaji, Penjawat Awam Jangan Bimbang – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam supaya tidak bimbang dengan usaha kerajaan melaksanakan pelarasan gaji seperti diumumkan baru-baru ini.

Perdana Menteri menegaskan, pelarasan itu dilaksanakan selepas kerajaan melakukan kerja dasar dan tahu dari mana sumber kewangannya.

“Kita buat (pelarasan gaji) itu, apabila kita umum, itu selepas kerja dasar dilakukan, kita tahu dari mana (sumber) kewangannya, kita tahu hasilnya berapa dan kita dapat lihat umpamanya, seperti mana (pelaburan) Microsoft, itu dimulakan tahun ini, bila ACWA (syarikat Arab Saudi) datang? Dalam dua minggu mereka datang.

“Bukan bermakna ini rencana tiga atau empat tahun, jadi kalau ada usaha sebegini, kita yakin pendapatan negara akan bertambah, mutu khidmat penjawat awam akan lebih baik dan hasil kita akan bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close