Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Tindakan Keganasan Negara Haram Israel Ke Atas Palestin Secara Berterusan Dilihat Sebagai Pengusiran & Pembersihan Etnik Terancang – Kaukus Dewan Negara

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa Kerajaan Malaysia menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota OIC (PUOIC) memberi tekanan terhadap negara haram Israel dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Tegas Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris, keamanan perlu dikembalikan khususnya rakyat Palestin yang tinggal di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitul Maqdis.

“Di sana mereka (rakyat Palestin) dilihat dipaksa berpindah sebagai pengusiran dan pembersihan etnik secara terancang oleh pendatang haram Yahudi sebagai punca kemuncak kekejaman dan keganasan secara bersiri pada akhir bulan Ramadan ini,” ujar beliau.

Justeru, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan susulan tentera Zionis yang menyerang dan mencederakan lebih 200 rakyat Palestin yang merempuh masuk Masjid al-Aqsa dengan menggunakan bom tangan, gas pemedih mata dan peluru besi dilapisi getah bagi menyerang jemaah di sana susulan pengusiran di Sheikh Jarrah.

Kata Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh negara haram Israel sebagai pengusiran dan pembersihan etnik terancang, sekali gus meningkatkan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin.

“Kerajaan Malaysia menerusi OIC dan PUOIC mempunyai tanggungjawab untuk bersuara tegas secara kolektif untuk menggesa dan bertindak bagi memberi tekanan terhadap negara haram Israel serta mengelak memungkin dasar “apartheid” kembali semula di bumi,” katanya.

Sehubungan itu, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara senada dan selari bersama-sama PUOIC akan terus mempertingkatkan suara kami terus didengari di segenap pelusuk dunia untuk berdiri bersama rakyat Palestin yang ditindas dalam tindakan keji dan keganasan oleh tentera Zionis Israel. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close