MalaysiaPilihan Editor

60,000 Unit Rumah Selangorku Ditawar Menjelang 2025

Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, dasar baharu yang berkuat kuasa pada 3 Januari lalu itu menjadi inspirasi kerajaan negeri dalam menawarkan pilihan baharu bagi projek Rumah Selangorku.

Katanya, Rumah Selangorku 3.0 adalah penambahbaikan dasar baharu yang dibuat kerajaan negeri dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, speksifikasi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.

“Apa yang menarik berkenaan dasar Rumah Selangorku 3.0 adalah ia menawarkan pilihan unit berdasarkan kepada keperluan iaitu golongan bujang untuk jenis solo (satu bilik), manakala golongan berkahwin untuk jenis duo (dua bilik), trio dan quad (tiga dan empat bilik),” katanya berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Kepada Pembeli Rumah Selangorku dan Penyerahan 30 unit Skim Smart Sewa bagi Projek Rumah Selangorku Kemuning Idaman di sini, hari ini.

“Melalui dasar baharu ini, kita sudah melangkah satu era baharu dalam pembangunan perumahan yang lebih mampan dan kondusif, diharapkan ia dapat memberikan momentum yang baik dalam merancakkan sektor pembinaan perumahan di Selangor,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata setakat 1 Januari lalu, sebanyak 386 projek diluluskan kerajaan negeri membabitkan 221,671 unit Rumah Selangorku termasuk rumah MBI Idaman dan Rumah Harapan dengan 93 projek daripadanya membabitkan 33,071 unit siap dibina dan diserahkan kunci.

Selain itu, katanya, sebanyak 61 projek dalam pembinaan membabitkan 16,965 unit Rumah Selangorku, manakala bakinya masih dalam peringkat perancangan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.– BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close