Dimensi BisnesPilihan Editor

UIAM Rangkul Lapan Anugerah Projek Inovatif Pendidikan Dalam Pembangunan Lestari

Pusat Kepakaran Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (RCE Greater Gombak) meraih lapan anugerah Projek Inovatif Pendidikan dalam Pembangunan Lestari 2020.

Pencapaian itu diumumkan menerusi portal Global RCE Network pada Selasa.

Menurut UIAM dalam kenyataannya hari ini, anugerah itu mengiktiraf projek dan program yang menjadi penghubung antara masyarakat tempatan selain menjadi penghubung dengan projek pembangunan lestari melibatkan pembelajaran, penyelidikan transformatif inisiatif menyumbang kepada penyelidikan dan pembangunan serta pengembangan keupayaan pelbagai pihak.

Anugerah berkenaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Outstanding Flagship Project, Acknowledged Flagship Project dan Honourable Mention.

“Bagi kategori Outstanding Flagship Project sebanyak dua projek menerima anugerah iaitu ‘Change The World’ dan ‘Whole Community Transformation Through Feed to Educate’. Tiga projek di bawah kategori Acknowledged Flagship Project menerima anugerah iaitu ‘Mainstreaming SDGs-Society as Agent of Changes’, ‘Living in Fortuitous Era’ dan ‘Greater Gombak Animal Shelter Project.’

“Tiga projek di bawah kategori Honourable Mention yang menerima anugerah ialah ‘Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Asli Club Mentoring Enviro-Camp‘, ‘IIUM Mental Health and Psychosocial Care Team‘ dan ‘Capacity Building for Islam, Peace and Civilizational Development: Engaging Extremism, Terrorism and Conflict through Education for Sustainability (2019-2020),” menurut kenyataan itu.

UIAM yang diisytiharkan sebagai RCE pada April lepas adalah jaringan kerjasama antara individu, masyarakat, pakar dan organisasi yang komited dalam membina masa hadapan lestari melalui pendidikan.

Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam kenyataan itu berkata kejayaan yang diraih menyempurnakan slogan UIAM dengan mengaplikasi konsep khalifah, iqra, amanah dan rahmatan lil alamin selain menguatkan lagi semangat kerjasama berpasukan dalam bidang-bidang kepakaran. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close