MalaysiaPilihan Editor

Vaksin COVID-19: Lebih 68,000 OKU, Warga Emas Terima Suntikan Fasa Pertama – Rina

Sebanyak 68,003 individu dalam kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata mereka yang terbabit terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM, serta 19,439 orang kurang upaya (OKU) berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.

“Saya menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi keutamaan kepada kumpulan sasar kementerian saya serta ‘frontliners’ kami, iaitu petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat suntikan vaksin bagi fasa pertama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rina berkata, institusi untuk warga emas dan OKU yang diselenggara oleh swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga patut diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close