GovernansMalaysiaPilihan Editor

24 Jam Untuk Kerajaan Umum Pelan Tangani Kos Sara Hidup

Pakatan Harapan (PH) beri tempoh 24 jam untuk kerajaan mengumumkan sepenuhnya pelan bagi menangani isu subsidi dan kos sara hidup.

Majlis Presiden PH menegaskan pihaknya sangat risau dengan perkembangan mutakhir isu kos sara hidup terutama selepas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semalam bahawa subsidi bagi minyak masak tulen berbotol, serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.

“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik COVID-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat.

“Pada ketika ini, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar biarpun hanya tinggal lebih kurang seminggu sehingga terhapusnya subsidi dan harga siling ini,” katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

Kawalan harga siling ayam dan telur ayam juga tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook serta Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

Mengulas lanjut kenyataan itu menyebut, jika subsidi dihapus, tidak ada banyak masa untuk rakyat bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda.

“Ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab. Ketua pembangkang pernah menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.

“Malangnya, rakyat terus menyaksikan betapa lembapnya tindakan para menteri dalam menangani masalah kos sara hidup,” katanya.

Mereka menjelaskan, sekiranya isu ini gagal ditangani, menteri yang bertanggungjawab dalam isu kos sara hidup juga wajib meletakkan jawatan.

“PH juga akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close