GovernansPilihan Editor

Kerajaan Perlu Teruskan Langkah Fiskal Tangani Kemiskinan – Bank Pembangunan Asia

Langkah fiskal kerajaan yang berterusan penting untuk menangani peningkatan kemiskinan di negara-negara membangun Asia dalam era pandemik COVID-19, kata Ketua Ekonomi Bank Pembangunan Asia (ADB), Yasuyuki Sawada.

Beliau berkata, lebih 100 juta orang berada di bawah garis kemiskinan antarabangsa dan menyebabkan masalah sosial yang serius.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan untuk meneruskan langkah-langkah fiskal bagi membantu mereka yang berada di bawah garis kemiskinan.

“Langkah untuk memastikan pemulihan ekonomi yang inklusif juga penting untuk mengurangkan kemiskinan,” katanya pada webinar mengenai Prospek Pembangunan Asia (ADO) 2021 ADB.

ADB, dalam dapatan ADO 2021 yang dikeluarkan hari ini, menekankan bahawa penguncupan ekonomi pada 2020 telah membawa kepada pengangguran yang lebih tinggi dan pendapatan yang lebih rendah, menyebabkan lebih ramai orang jatuh miskin.

Dianggarkan kira-kira 162 juta orang di negara-negara anggota ADB hidup di bawah ambang kemiskinan AS$3.20 sehari berikutan COVID-19.

ADB berkata, sebanyak 506,130 pelajar daripada 800 juta pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan menengah di negara-negara anggota ADB berhenti sekolah pada 2020.

Oleh itu, ia percaya bahawa rantau ini perlu melabur AS$373 bilion setahun untuk menamatkan kemiskinan dan kebuluran serta AS$296 bilion untuk meningkatkan kesihatan dan pendidikan.

ADB juga berkata, AS$196 bilion diperlukan untuk meningkatkan infrastruktur awam dan AS$156 bilion untuk melindungi biodiversiti.

Katanya, berdasarkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semasa dan aktiviti ekonomi, kemiskinan tegar di negara-negara anggota ADB dijangka merosot kepada 132.5 juta orang pada 2021 dan 104.4 juta pada 2022.

Penurunan terbesar dijangka di Asia Selatan, apabila kemiskinan tegar diunjurkan merosot sebanyak 31.2 peratus pada 2021 dan 23.6 peratus pada 2022, berikutan ia dijangka meningkat dengan lebih cepat daripada rantau lain. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close