Ekonomi Islam & Global

Hong Kong buka pejabat ekonomi, perdagangan di TRX

Kerajaan Hong Kong hari ini (11 Ogos 2026) secara rasmi membuka Pejabat Ekonomi dan Perdagangan (HKETO) di Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara bagi memperluas peluang kerjasama dengan Malaysia, Brunei, Laos dan Pakistan.

Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Algernon Yau, berkata pembukaan HKETO Kuala Lumpur mencerminkan hubungan yang semakin erat antara Hong Kong dengan keempat-empat negara itu.

Beliau berkata, pejabat ini adalah Pejabat Ekonomi dan Perdagangan (ETO) luar negara ke-15 bagi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) dan keempat di rantau ASEAN selepas Singapura, Jakarta dan Bangkok.

Katanya, ETO Kuala Lumpur bertanggungjawab memperdalam hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan Hong Kong serta memperkukuh kehadiran Hong Kong di rantau yang strategik berkenaan.

ASEAN menjadi rakan dagangan barangan kedua terbesar kami sejak 2010, manakala Malaysia adalah rakan dagangan kelapan terbesar Hong Kong.

“Bersama-sama Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong, Invest Hong Kong dan Lembaga Pelancongan Hong Kong, ETO Kuala Lumpur akan memajukan pembinaan hubungan yang lebih rapat antara kerajaan dengan kerajaan dan perniagaan dengan perniagaan, serta mempertingkat kemudahan perdagangan dan pelaburan dua hala,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan merasmikan pembukaan HKETO.

ASEAN ialah rakan perdagangan barangan kedua terbesar Hong Kong dengan kadar pertumbuhan tahunan purata 7.6 peratus dari 2021 hingga 2025, selain menjadi rakan perdagangan perkhidmatan ketiga terbesar.

Pada 2025, Hong Kong mengendalikan HK$680.5 bilion eksport semula antara China dan ASEAN, mewakili lapan peratus daripada jumlah perdagangan dua halanya dengan memanfaatkan platform strategik terkini Hong Kong. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close