Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo – Memberi Makna Baharu Kepada ‘Keselamatan’ Dalam Dunia Automotif

Keselamatan automotif tidak patut fokus kepada luaran, tetapi juga kepada pemandu kerana apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas

Apakah memori pertama anda berkaitan keselamatan?

Adakah ia saat anda merasakan genggaman tangan ibu bapa tatkala melintas jalan bersama-sama?

Atau adakah ia memori basikal pertama anda – lengkap dengan roda sokongan, helmet, pelindung lutut dan loceng?

Kesemua memori ini menunjukkan bahawa seseorang mesti berasa selamat terlebih dahulu sebelum aspek fizikal memainkan peranan.

Volvo C40 Recharge Pure Electric SUV

Konsep ini dipercayai sepenuhnya oleh Volvo Cars, peneraju dalam keselamatan automotif yang telah mementingkan keselamatan selama 95 tahun.

Seiring dengan perjalanannya ke arah era baharu keselamatan, Volvo Cars kini mempunyai visi untuk mencapai kadar kecederaan dan kematian sifar.

Komitmen ini turut membawa mereka untuk melihat ke dalam dan melihat keselamatan secara berbeza.

Bermula dari sini, Volvo Cars memperkenalkan lembaran baharu dalam platform jenama jangka panjang mereka – “For Life” – sebuah kempen yang mengutamakan keselamatan dalam fikiran, berpaksikan kepada pemikiran bahawa apabila anda berasa selamat, anda boleh benar-benar bebas.

Pemikiran untuk Memberi Makna Baharu kepada Keselamatan

Pemikiran ini adalah untuk memberikan para pemandu ketenangan minda, dan hal ini memerlukan semua orang untuk mempertimbangkan semula pendekatan kita ke arah keselamatan selama ini.

Volvo EX90

Kebiasaannya, pemanduan memerlukan kita untuk fokus kepada jalan raya, sambil bergantung kepada sistem keselamatan aktif dan pasif kenderaan kita.

Apa yang kita selalu terlepas pandang adalah keadaan psikologi minda kita ketika memandu.

Faktor-faktor penyumbang seperti keletihan, gangguan atau ketiadaan fokus ketika memandu dapat menyumbang kepada insiden yang tidak diinginkan di atas jalan, oleh itu kempen For Life Volvo Cars bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa hidup kita tidak terhenti semasa kita memandu.

Volvo Cars percaya bahawa fikiran, perasaan, dan emosi kita merupakan faktor yang menentukan keadaan psikologi minda kita ketika memandu, dan tidak kira betapa selamatnya kenderaan kita, ia hanya akan seselamat minda yang memandunya – dan hal ini merupakan titik buta yang ditemui oleh Volvo Cars.

Apabila Anda Berasa Selamat, Anda Akan Benar-benar Bebas

Kempen For Life tersebut berpusat kepada konsep untuk mendekati keselamatan daripada sudut psikologi seseorang.

Untuk menzahirkan konsep ini, Volvo Cars telah memperkenalkan beberapa aset komunikasi yang mendorong kita untuk melihat dengan lebih mendalam, melihat keselamatan dengan sudut yang berbeza, dan mengenal pasti fikiran, perasaan, dan emosi yang kita hadapi ketika memandu.

Kempen For Life tersebut menampilkan video berdurasi 60 saat mengenai keselamatan, dan menampilkan koleksi kisah-kisah benar yang dapat ditonton di sini. Video tersebut memaparkan detik-detik setiap hari yang menggamit kenangan – daripada genggaman tangan ibu bapa kepada pelukan hangat, sokongan daripada orang tersayang, dan langkah-langkah keselamatan yang perlu kita ambil sebelum menikmati segala yang ditawarkan dalam hidup.

Detik-detik penting ini bukan sahaja mengingatkan kita untuk menjadi lebih peka akan ketenangan minda sendiri, tetapi juga mengukuhkan lagi fakta bahawa apabila anda berasa selamat, anda akan benar-benar bebas.

Kempen For Life ini juga menampilkan beberapa soalan berkaitan keselamatan yang merangsang fikiran untuk membantu kita memahami bagaimana kehidupan memberi kesan terhadap pemanduan anda, dan menggalakkan pemandu untuk melihat ke dalam dan melihat keselamatan dengan cara berbeza.

Anda boleh menyertai tinjauan Volvo Car Malaysia melalui pautan, di sini.

Peneraju Aspek Keselamatan

Kempen ini merupakan lembaran baharu Volvo Cars dalam mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai suri teladan yang unggul dalam keselamatan automotif.

Untuk 95 tahun dan tahun-tahun akan datang, Volvo Cars tidak pernah goyah dalam perjalanannya.

Ia bermula dengan pengenalan tali pinggang keselamatan kepada dunia, kemudian mengehadkan had kelajuannya kepada 180 km/j di semua keretanya dan kini, kemunculan kempen For Life.

Ini hanyalah detik permulaan bagi Volvo Cars dalam memasuki era baharu keselamatan dalam hidup, mengambil berat mengenai dunia kita dan mereka di sekeliling kita.

Keselamatan merupakan bahagian penting dalam budaya syarikat dan merupakan fokus dalam segala yang mereka lakukan, dan inilah sebab mengapa Volvo Cars akan tetap focus kepada keselamatan agar anda dapat memandu dengan minda yang tenang.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen For Life, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di laman Facebook https://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di https://bit.ly/VolvoMY-IG. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close