Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Ativa Lonjak Jualan Suku Pertama PERODUA

Namanya cantik !

Santai dan elegan !

Itulah ATIVA, model terbaharu yang antaranya membantu melonjakkan jualan dan permintaan PERODUA bagi suku pertama 2021.

PERODUA menganggarkan jualan 57,911 kenderaan dalam suku pertama 2021, berbanding 4,977 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ia berikutan peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan bagi semua modelnya, terutama Perodua Ativa yang baru dilancarkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata bulan Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kepada 24,433 unit, didorong permintaan yang tinggi.

“Ini terutama bagi Ativa, yang menerima sebanyak 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan pada 19 Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pendaftaran PERODUA melonjak 47.3 peratus kepada 24,433 unit pada Mac 2021 berbanding 16,583 unit pada Februari 2021.

“Ini menjadikan Perodua Ativa kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak terlaris di negara ini pada Mac. Kami amat bersyukur, Perodua Ativa mencapai permulaan yang begitu kukuh dan kami

berjaya mengatasi sasaran penghantaran bulanan sebanyak 3,000 unit pada bulan pertama.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan kepercayaan mereka. Kami akan terus komited untuk memenuhi setiap pesanan tepat pada masanya,” katanya.

Zainal Abidin berkata, dari segi pengeluaran pula menyaksikan PERODUA menghasilkan 60,383 kenderaan pada suku pertama 2021, kenaikan 23 peratus berbanding 49,280 unit yang dihasilkan pada suku pertama 2020

“Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor, yang memberi kesan berbeza-beza kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.

“Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa yang sama memantau keadaan setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran berterusan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun berdepan dengan isu semikonduktor, PERODUA masih mampu mencapai sasaran jualan 2021 sebanyak 240,000 unit.

Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan sembilan peratus daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020.

Ia dijangka membawa kepada rekod perbelanjaan sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.

PERODUA juga menyasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit dan 2.4 juta pengambilan servis bagi tahun ini. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close