Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.
“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi,” menurut kenyataan itu. – BERITA HARIAN


![Photo of BACALAH AUTO [PANDU UJI]: VOLVO XC60 T8 AWD Recharge Versi 2024 Menelusuri Secara Pintar Membelahi Banjaran Titiwangsa dan Pantai Timur](https://www.bacalahmalaysia.my/wp-content/uploads/2024/09/VolvoGanu20-390x220.jpeg)

