Duniaku TeknokratPilihan Editor

Agrobank Lantik Yunos Abd Ghani Sebagai Pengerusi

Agrobank mengumumkan pelantikan Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank berkuatkuasa 12 November 2022.

Yunos merupakan Ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Pengarah World Savings and Retail Banking Institute dan Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia.

Sementara itu, pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah juga memaklumkan bahawa Datuk Mustapha Buang telah menamatkan perkhidmatannya selama dua tahun sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank pada 11 November lalu.

Pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan serta sokongan beliau ketika berkhidmat di Agrobank.

Sepanjang dua tahun perkhidmatan, beliau telah menjalankan

tanggungjawabnya demi kepentingan dan kesejahteraan Bank serta memastikan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan berintegriti dilaksanakan di Agrobank. – HARIAN METRO ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close