MalaysiaPilihan Editor

‘DUN Melaka Bubar, Pilihan Raya Dalam Tempoh 60 hari’

Yang di-Pertua Negeri sudah membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN Melaka pada pada 4 Oktober. - Foto fail
Yang di-Pertua Negeri sudah membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN Melaka pada pada 4 Oktober. – Foto fail

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

“Yang di-Pertua Negeri sudah membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN Melaka pada pada 4 Oktober.

Pada sidang media itu, Ab Rauf turut menyerahkan proklamasi pembubaran DUN Melaka kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka Rudy Rohan Johan @ Ganesan.

Ditanya mengenai PRN ketika pandemik COVID-19, Ab Rauf berkata, SPR boleh mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, buat masa ini, kerajaan negeri sedia ada akan menjadi kerajaan sementara sehingga PRN dilaksanakan.

Semalam, empat ADUN kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Sebelum ini, Kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) diwakili 17 ADUN yang terdiri daripada 14 ADUN UMNO, dua (Bersatu) dan satu Bebas manakala pembangkang mempunyai 11 kerusi iaitu tujuh DAP, dua (PKR) dan dua (Amanah). – BH ONLINE

 

Speaker DUN Melaka, Datuk  Seri Ab Rauf (dua dari kiri) bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Ali Md Ali.
Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf (dua dari kiri) bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Ali Md Ali.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close