Pilihan EditorTwo Cents

Akta Lompat Parti Perlu Disegerakan – Peguam

  Oleh Faisalludin Mohamat Yusuff

 

Disebalik peningkatan kes Covid 19 pasca PRN Sabah ditambah pula kemarahan netizen kepada orang politik, ada hikmah yang baik yang boleh kita pelajari.

Saya secara peribadi menggesa sekali lagi agar Akta Lompat Parti perlu disegerakan bagi memastikan sesuatu kerajaan itu stabil dan fokus kepada menjaga kebajikan rakyat.

Jika dilihat kepada beberapa kejadian selepas PRU 14 dan senario politik di Sabah baru-baru ini, “Lompat Parti” atau bahasa netizen digelar “Katak” di kalangan segelintir wakil rakyat adalah penyebab  utama kerajaan di dalam negara ini tidak stabil di taktala keutamaan sepatutnya difokuskan kepada isu memerangi covid 19 dan membina semula ekonomi negara.

Terdapat dua (2) cadangan yang mungkin boleh dilakukan sebagaimana berikut:-

Pilihan Pertama, mana-mana wakil rakyat yang bertanding atas tiket parti, sekiranya dia melompat ke parti lain atau menjadi bebas selepas memenangi pilihanraya, maka beliau dengan secara otomatik hilang status YB dan wajib diadakan pilihanraya semula di kawasan tersebut. Beliau dibenarkan untuk bertanding semula di atas tiket parti barunya atau bebas.

Pilihan Kedua, yang bertanding adalah Parti dan bukan individu. Calon yang bertanding hanya merupakan wakil parti. Sekiranya wakil rakyat melompat parti, maka beliau dikira hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan Parti boleh melantik orang lain sebagai wakil rakyat tanpa perlu mengadakan pilihanraya baru.

Pasti ada yang tidak bersetuju dengan cadangan saya di atas dengan alasan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi, pada pandangan saya yang naif ini, cadangan di atas mempunyai beberapa kebaikan terutamanya di waktu wabak covid antaranya:-

Tiada lagi pengundi dan jentera sesebuah parti merasa dikhianati akibat tindakan wakil rakyat mereka yang melompat parti.

Pilihan kedua di atas pula dapat mengelakkan pembaziran duit rakyat dan negara kerana tiada keperluan untuk mengadakan pilihanraya baru.

Kedua-dua pilihan di atas dapat mengelakkan berlakunya politik wang sebagaimana yang di dakwa oleh segelintir masyarakat walaupun tiada sebarang bukti yang kukuh.

Apapun ini adalah sekadar pandangan peribadi saya yang boleh jadi betul dan boleh jadi juga ianya salah.

Sekadar mencadang dengan niat nak melihat sebuah kerajaan yang stabil dan fokus menjaga kebajikan rakyat disamping menyuburkan amalan demokrasi yang sihat. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

  • Penulis ialah Peguam Muda Kampung

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close