Kedai RuncitPilihan Editor

Jenama AZ by Azliyanti Ib-berahim Diberi Nafas Baru & Cetusan Idea

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Jenama AZ by Azliyanti Ib-berahim ini telah diberi nafas baru dan hasil cetusan idea,” itu kata pemilik dan pengasasnya, Azliyanti Ib-berahim.

Siapa tidak kenal beliau yang sinonim dengan penyampaian berita di TV3.

Azliyanti sememangnya sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan, namun rezeki anak-anak yang berterusan serta pandemik COVID-19 telah memberi cetusan semangat baharu untuk terus berkarya dalam inovasi perniagaan.

Kata Azliyanti lagi, inovasi jenama ini datang dari ideanya serta rakan-rakan kongsi lain yang memenuhi kehendak pasaran dan permintaan.

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba,  AZ by Azliyanti Ib-berahim mengorak langkah dengan membawakan tujuh koleksi corak tudung bawal bersama motif rekaan warna pastel dan floral, selain menggunakan kain berkualiti tinggi iaitu premium matte satin.

Hijab by Azliyanti Ib-berahim telah melancarkan dan memperkenalkan koleksi ‘AZpirasiRaya2021’ iaitu gabungan tudung bawal premium dan eksklusif dengan rekaan terkini.

Koleksi ini turut direka khas dengan penambahan kerdipan butiran batu kristal Swarovski mengikut kehendak si pemakai agar tampak lebih eksklusif.

Semua koleksi tudung bawal eksklusif ini boleh didapati di Instagram @azliyanti_ibberahim.co dan juga aplikasi Shopee.

Selain itu juga bagi membantu individu yang terkesan akibat Covid-19 dan yang ingin berniaga, turut digalakkan menjadi pengedar dan wakil secara dalam talian.

Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk bangkit semula apabila sudah lama menyepi dari dunia perniagaan.

Azliyanti sebelum ini mengusahakan perniagaan tudung jenamanya sendiri sejak lima tahun lalu, akhirnya membuat keputusan untuk kembali semula dalam dunia perniagaan yang selama ini tertangguh.

Beliau menganggap kemunculan semulanya dalam bidang perniagaan ini adalah hanya menumpang rezeki yang dibawa anak-anaknya.

Paling menggembirakan beliau yang juga seorang penerbit berita dan beberapa program khas di TV3 ini ialah apabila dikhabarkan sudah berbadan dua setelah membuat keputusan untuk berniaga.

Beliau yang juga bekas host Program Potret Niaga menyatakan perniagaan tudungnya kali ini lebih besar dan lebih fokus kerana turut disertai rakan kongsinya yang lain.

Di samping itu, kerana gara-gara COVID-19, Azliyanti melihat perkara ini dari sudut berbeza.

“Saya melihat perkara ini dari sudut positif.

“Waktu ini adalah yang paling sesuai untuk berniaga secara dalam talian kerana kerajaan tidak menggalakkan kita untuk keluar rumah apatah lagi berada dalam keadaan bersesak-sesak.

“Jadi membeli barangan secara dalam talian adalah satu langkah yang bijak,” katanya yang sentiasa terukir senyuman. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE/PIC FB AZLIYANTI.CO

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close