GovernansMalaysiaPilihan Editor

Anwar Lancar InvestED Bagi Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan inisiatif terbaru pasaran modal, ‘investED’ yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta membangunkan saluran bakat mampan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, InvestED dijangka dapat mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Beliau berkata, inisiatif terbaharu itu juga adalah kerjasama pertama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bursa Malaysia serta peserta industri pasaran modal terkemuka.

Program itu katanya dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

“9,000 mahasiswa akan meraih manfaat pendedahan kepada peluang pekerjaan dalam industri pasaran modal dengan 600 orang akan terjamin mendapat pekerjaan dalam masa tiga tahun,” katanya ketika melancarkan InvestED di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan yakin jumlah pemanfaat itu boleh dipertingkatkan lagi melalui penyertaan lebih banyak pemain industri yang berkerjasama dengan universiti.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kerajaan berharap program seumpama ini turut membantu pelajar-pelajar daripada keluarga susah supaya mereka tidak tertinggal meraih manfaat peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Ini cukup penting dan selaras dengan hasrat Malaysia MADANI,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close