Duniaku TeknokratPilihan Editor

Jennifer Wong Dilantik Jadi CFO Baharu Maxis

Maxis Bhd mengumumkan pelantikan Jennifer Wong sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu yang berkuatkuasa pada 3 Oktober 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut, berkata pengalaman luas Wong dalam industri itu amat berharga dalam usaha memacu perniagaan Maxis serta mencapai wawasannya.

“Kami mengalu-alukan penyertaan Jennifer Wong dalam keluarga Maxis dan meneruskan perjalanan mencapai pertumbuhan yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan.

Wong menyertai Maxis setelah berkhidmat dalam Celcom Axiata Bhd dengan menggalas pelbagai jawatan kanan selama 14 tahun sebelum menyandang jawatan terakhir sebagai CFO.

“Beliau membawa bersama pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perakaunan, kawalan (kewangan), pengurusan dan operasi kewangan serta perancangan dan analisis perniagaan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Kewangan dan Strategi Maxis, Wayne Treeby akan menamatkan kontrak perkhidmatannya pada akhir bulan ini dan kembali ke Australia.

“Beliau telah membantu syarikat mengharungi keadaan telekomunikasi yang mencabar dan tidak menentu, termasuk pandemik COVID-19,” kata Ogut. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close