Pilihan EditorTwo Cents

ANALISIS BERITA: KSM Cakna Laporan TIP Jabatan Negara AS, Kerjasama Melalui Jawatankuasa Kerja Bersama Diperkukuhkan.

Oleh N.Intan Rafeena

Penilaian Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang (TIP) mendapat perhatian Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menurut laporan itu, Malaysia berada pada kedudukan Tahap 2 Pemerhatian daripada Tahap 3 sebelum ini di dalam JNAS.

Justeru, isu membabitkan pemerdagangan manusia dan operasi penipuan siber perlu diberikan fokus utama KSM dan perlu langkah yang drastik dalam membendung isu global itu.

Sudah tentu soal kebimbangan bagi Malaysia kerana dalangnya mengeksploitasi pengangguran yang berleluasa semasa dan selepas wabak Covid-19.

Perkara ini perlu ditangani secara bijaksana apatah lagi sebelum ini, Malaysia diletakkan pada tahap dua pemerhatian dari 2018 hingga 2020 sebelum jatuh ke tahap tiga, iaitu tahap terendah, pada 2021 sehingga tahun lepas.

Reputasi dan imej negara perlu dipertahankan dan sebarang tohmahan antarabangsa perlu ditangkis dengan berhemah.
Seelok-eloknya KSM terus mempergiatkan usaha negara dengan kerjasama wakil kesatuan sekerja, persekutuan majikan dan industri dalam melaksanakan Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Paksa (NAPFL) 2021 – 2025 selaras dengan komitmen negara yang telah meratifikasi Protokol 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa ILO 1930 (P29).

Kementerian jangan lagi membuang masa bagi menangani isu-isu berkaitan pengurusan pekerja asing dengan lebih baik termasuk mengadakan kerjasama strategik dengan negara sumber.

Jadi kedudukan KSM selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh yang merupakan salah satu jawatankuasa di bawah Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran hendaklah terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkepentingan yang lain bagi meningkatkan prestasi negara dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya buruh paksa.

Namun pujian harus diangkat peranan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang juga akan diperkukuhkan melalui pembangunan kapasiti pemeriksa buruh bagi memastikan lebih banyak pendakwaan dibuat ke atas majikan yang melakukan kesalahan terutamanya berkaitan kes buruh paksa.

Setakat ini sebanyak lapan langkah dikemukakan kementerian antaranya usaha negara untuk membasmi isu buruh paksa secara komprehensif melalui pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu akan dipertingkat. Ia khususnya melalui penambahan Seksyen 90B berkaitan buruh paksa.
Peruntukan ini menetapkan penalti kepada majikan yang melakukan kesalahan buruh paksa di bawah akta ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close