Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: DRB-Hicom, Geely Bincang Lanjutkan MoU Bangun Automotive HiTech Valley

DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) sedang berbincang untuk melanjutkan tempoh memorandum persefahaman (MoU) bagi membangun dan mempromosikan Automotive HiTech Valley di Tanjong Malim, Perak.

DRB-Hicom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan perkembangan terkini mengenai status MoU yang dimeterai pada 11 April 2022 itu yang akan berakhir selepas enam bulan.

Syarikat itu berkata, kerjasama strategik akan menambah nilai kepada syarikat kerana ia akan menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak untuk menimbang kaedah kerjasama pembangunan bandar automotif itu, yang disasarkan untuk membawa kesan limpahan berganda.

Antara lainnya, penubuhan kluster industri automotif di Tanjong Malim bakal menarik pelabur dan vendor dari China dan negara-negara lain di dunia.

Sementara itu, DRB-Hicom dalam satu kenyataan berasingan berkata ia sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak untuk memuktamadkan perjanjian kerjasama yang muktamad.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dengan sewajarnya.

“Kecuali seperti yang dinyatakan di atas, semua peruntukan yang terkandung dalam MoU itu akan terus kekal berkuat kuasa,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close