Dimensi BisnesPilihan Editor

PDRM Mahu Tingkatkan Kemudahan Dan Peralatan Di Sekatan Jalan Raya SJR Menggunakan Teknologi Solar

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Berikutan dari peningkatan sekatan jalan raya sepanjang pandemik Covid-19, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhasrat menambah kemudahan logistik dengan penggunaan teknologi solar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata selain ianya praktikal, murah dan mudah, teknologi itu boleh dijadikan aset di setiap balai PDRM di seluruh negara.

“Teknologi ini amat berguna sekiranya dapat dibekalkan kepada setiap balai PDRM untuk kemudahan pelbagai guna, bukan sahaja untuk sekatan jalan raya, bahkan ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang selain waktu SJR.

“Salah satunya contoh terputus bekalan elektrik di balai.

“Sungguhpun terdapat genarator, saya melihat penggunaan solar ini lebih efisien, paling praktikal, mudah disimpan dan murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik majlis makan malam dan kunjung hormat bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, yang diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru. di samping turut menzahirkan hasrat untuk berbincang dengan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Kop Mantap Berhad (KMB) bagi mendapatkan teknologi solar itu yang dibekalkan oleh syarikat Munawwareen Holdings Sdn Bhd.

Hadir di majlis makan malam ialah Pengarah EPU, Datuk Yatimah Sarjiman, Ketua Pegawai Eksekutif KOP Mantap Berhad, Datuk Mohamad Asri Haris serta Pengerusi KOP Mantap Berhad, Datuk Seri Ayob Yaakob.

“Kita akan mengadakan satu pertemuan dengan KOP Mantap Berhad dan pihak pembekal untuk membuat pembentangan, perbincangan, demo dan kita akan pertimbangkan keperluan ini, seterusnya membentangkan bajet kepada Kementerian Dalam Negeri,” ujar Abdul Hamid lagi.

Terdahulu, acara sebelah pagi telah diadakan dengan program Lawatan Kerja KOP MANTAP Berhad Ke Kontinjen Zon Selatan membabitkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Munawwareen Holdings Sdn Bhd, juga merupakan salah satu penaja utama lawatan berkenaan, turut membekalkan keperluan seperti pelitup muka dan air mineral kepada petugas barisan hadapan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close