MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Pengundi Sabah Tolak Terus 100 Peratus Calon Warisan, Hina Pasukan Keselamatan – Tegas Wanita UMNO Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tolak semua calon Warisan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah !

Tolak setiap agenda Warisan dalam kempen mereka !

Tolak pembohongan yang dibawa oleh Warisan !

Tolak Warisan kerana menghina pasukan keselamatan negara !

Semua penolakan itu ditegaskan UMNO Wanita Malaysia berikutan kenyataan calon Warisan di DUN Segama menganggap peristiwa di Tanduo itu sandiwara dan menganggap polis serta tentera berperang dengan ayam dan anjing di Lahad Datu.

“Jangan dihina pasukan keselamatan negara.

“Mereka adalah barisan depan negara yang sentiasa mempertaruhkan nyawa mereka demi keselamatan rakyat dan kedaulatan negara,” tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Menurutnya, tindakan calon Warisan ini yang merupakan bekas menteri Kabinet sewaktu kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat melampau.

“Bayangkan terguris hati isteri, anak perempuan mereka dan ahli keluarga pasukan keselamatan yang telah terkorban demi negara dan keselamatan.

“Ini langsung tidak boleh diterima dan Wanita UMNO menyeru semua pengundi di Sabah menolak sama sekali calon Warisan di Sabah,” kata Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close