Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO [PANDU UJI]: Volvo XC40 Recharge T5 R-Design Kunjungi Bandar “Seattle” Di Semenanjung Utara

Oleh wartawan Bacalah Auto yang pandu uji dari Kuala Lumpur Ke Alor Setar, Kedah, baharu-baharu ini.

Deruman enjin yang tidak kedengaran langsung, alih-alih pecutan mudah mencapai had kelajuan 150 km/j atau 160 km/j di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Jangan salah faham, ia bukan bertujuan untuk mencabar peraturan lalu lintas tetapi sekadar pandu uji di laluan yang selamat, yang dibenarkan dan bersesuaian sahaja. Kekadang kaki yang menekan pedal minyak pun tak terasa.

Mujur ada abang “WAZE” yang sentiasa mengingatkan pemandu di sepanjang laluan yang dipandu, terutama lokasi kamera AES atau operasi polis trafik dan sebarang aktiviti di bahu lebuh raya.

Apapun di waktu hening pagi yang nyaman, pandu uji BACALAH AUTO kali ini menuju ke Alor Setar, sebuah bandar yang tenang, aman, makanan yang pelbagai lagi murah terletak di utara Semenanjung.

Bandar bersejarah itu terkenal dengan Menara Alor Setar setinggi 165.5meter yang mana bandar ini turut dikelilingi pemandangan sawah padi serta pintu pelancongan ke Pulau Langkawi menerusi Kuala Kedah.

Nun jauh di sebelah selatan bandar ini, kelihatan gah Gunung Jerai apatah lagi meninjau dari pelantar tinjauan menara.

Sebenarnya Alor Setar juga diberikan jolokan nama bandar “Seattle” yang terletak di barat laut Amerika Syarikat. Sinonimnya bagi kedua-dua bandar ini ialah tarikan menaranya.

Alor Setar yang gah Menara Alor Setarnya, manakala Seattle terkenal dengan menaranya dikenali Space Needle. yang mempunyai ketinggian 184 meter berdekatan Sungai Mississippi. Rupa kedua-dua menara itu hampir sama !

Sebelum sampai ke bandar utara Semenanjung ini, BACALAH AUTO sendiri teruja dengan deruan Volvo XC40 Recharge T5 R-Design ini.

Mana tidaknya, memang benar satu pemanduan yang selesa, nyaman dan mantap bagi keseronokkan seisi keluarga sederhana, sebaik-baiknya empat penumpang dewasa mengisi ruang duduk untuk tujuan outstation tidak kiraalah bekerja, bercuti atau beriadah sekali pun.

Layan juga selekoh-selekoh di sepanjang lebuh raya PLUS ini terutama di kawasan Gopeng dan sebelum serta selepas Terowong Menora, pengendalian yang selesa walaupun BACALAH AUTO terperasan stereng elektriknya agak ringan.

Terfikir sejenak kalau terlalu laju nanti, mau melelong SUV ini, namun apa yang difikirkan itu jauh meleset. Ini adik bongsu dalam keluarga SUV Volvo !

Yang penting, kereta-kereta Eropah ini terkenal dengan kadar penyerapan hentakan yang sangat menakjubkan untuk pemanduan di dalam dan luar bandar apatah lagi di lebuh raya, terima kasih kepada penggunaan MacPherson strut di hadapan dan Multilink di belakang.

Apapun BACALAH AUTO layan habis juga di selekoh-selekoh yang mencabar dalam kelajuan yang masih dibenarkan.

Varian plug-in hybrid ini bagi barisan SUV Volvo yang kini sudah ada pilihan elektrifikasi digandingkan dengan unit 1.5 liter pengecas turbo tiga-silinder petrol dengan output 180 PS (178 hp) dan tork 265 Nm, bersama transmisi dwi-klac kering tujuh-kelajuan dan motor elektrik.

Bagi aspek prestasi, versi ini dihadkan kepada 180 km/j seperti mana pengumuman keselamatan yang dilaksanakan oleh Volvo sebelum ini.

Apapun, XC40 Recharge T5 R-Design mampu dipecut dari sifar ke 100 km/j dalam 7.3 saat, lebih perlahan berbanding XC40 T5 AWD dengan 6.4 saat.

Tidak mengapalah, pandu uji BACALAH AUTO memperlihatkan kenderaan SUV subkompak mewah menarik perhatian sekelilingnya.

Ada saja mata-mata yang meleret terarah SUV subkompak ini selepas BACALAH AUTO melintasi Tol Jalan Duta, berhenti sebentar di RnR Tapah, RnR Sungai Perak, RnR Gunung Semanggol dan RnR Gurun.

Sudah tentu aura SUV ini ialah rekaan signatur lampu nyalaan siang tukul Thor jenis LED pada lampu utama.

Rekaan ala-ala boomerang pada bahagian belakang sangat menonjol apatah lagi pemandu di waktu senja-kala dan malam. Memang cantik !

Rekaan yang tidak keterlaluan, namun masih menonjolkan imej prestij sebuah SUV subkompak mewah Volvo.

Kit badan R-Design menghiasi segenap ruang luar dan dalam SUV ini bagi menambahkan elemen sporty dan perasaan “Ruggerd’ pasti menjelma. Macam orang muda atau berjiwa muda walaupun yang pandu itu mungkin generasi yang agak lewat usianya.

Paling menarik pengalaman BACALAH AUTO, seorang wanita muda sempat bertanyakan “pakai petrol atau elektrik sepenuhnya” kereta Volvo ni, boleh ke jalan jauh kalau tak ada petrol ?

Senyum sahaja BACALAH AUTO kerana rupa-rupanya ada peminat SUV Volvo ini di mana-mana sahaja.

Sudah tentu apa yang ditanya wanita muda ini telah diambil kira pencipta kejuruteraan XC40 Recharge T5 R-Design.

Cuba kita tengok penjana kuasa Recharge T5 ini, ia digandingkan dengan unit 1.5 liter pengecas turbo tiga-silinder petrol dengan output 180 PS (178 hp) dan tork 265 Nm, bersama transmisi dwi-klac kering tujuh-kelajuan dan motor elektrik.

Nah….motor elektriknya mampu memberikan kuasa pada 82 PS (81 hp) dan 160 Nm, sekaligus menambah kuasa keseluruhan sebanyak 262 PS (258 hp) dan 425 Nm.

Seperkara lagi, kalau hendak berjalan jauh sudah tentu “concern” kapasiti tempat penyimpanan barangan SUV ini !

Tak mengapa kerana masih boleh memuatkan beg-beg sederhana dan besar bagi kapisiti 460 liter jika dibandingkan XC60 dan XC90 ! Oklah tu !

Tapi penggunaan bahan apinya adalah serendah 2.2 liter bagi setiap 100 km, iaitu lebih baik berbanding varian bukan-PHEV dengan 7.7 liter per 100 km.

Malah jarak bagi kuasa elektrik juga meningkat sehingga 44 km apabila bateri dicas penuh, menggunakan pengecas onboard AC 3.7-kW dan kabel sambungan Type 2. Dengan tiga-pin yang biasa, soket 2.3-kW, ia mengambil masa sekitar lima jam untuk mencapai pengecasan penuh, manakala jika menggunakan stesen pengecas 3.7-kW, tujuh-Kw atau 22-kW yang lebih berkuasa, masa pengecasan dikurangkan ke tiga jam.

Ada juga peminat SUV XC40 ini teruja roda aloinya !

“Nak tanya sikit bang, rim ni 17 inci ke ?

“Tak berat ke nak bawa tu ?

“Tak rasa ke kalau langgaq bonggol ? Confirm tak rasa kan !,” kata anak muda berkenaan.

BACALAH AUTO nak khabar mai yang rim ni besaqnya 19 inci !

“Tuuu dia, besaqnya. Macam keter kebai (kereta kebal)” kata peminat rim tadi yang katanya dari Sintok, Kedah.

BACALAH AUTO maklumkan roda aloi potongan berlian hitam pekat lima-jejari-berkembar 19-inci  ini datang dengan tayar profil 235/50. Memang selamat dan tough.

Kalau nak diceritakan aspek keselamatan, SUV Volvo ini tidak pernah meminggirkan kerana didatangkan dengan City Safety (sistem mengelak pelanggaran dengan sokongan di persimpangan; pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar), amaran pelanggaran hadapan dan belakang, Kawalan Kepekaan Pemandu, Bantuan Kekal Lorong, Run-Off Road Mitigation dengan Road Edge Detection, Oncoming Lane Mitigation, Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) dengan Steer Assist dan Cross Traffic Alert (CTA) bersama Autobrake.

Ia turut diberikan tujuh beg udara, dengan sistem keselamatan pasif (Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menurun Bukit, EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik) dan sistem bantuan pemandu termasuk Adaptive Cruise Control, Pilot Assist serta Park Assist Front & Rear.

Apa yang boleh disimpulkan SUV Scandinavia ini adalah sebuah kereta berciri keselamatan tinggi, serta memberi pemanduan yang konfiden tinggi, apatah lagi terasa diri itu dan kereta bersekali bergaya sama. Terima kasih VOLVO CAR MALAYSIA ! – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close