GovernansPilihan Editor

OCBC Jangka BNM Turunkan OPR Bulan Depan

OCBC Bank menyifatkan semakan semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun penuh 2021 sebagai isyarat kemungkinan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan diturunkan lagi.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dijadual mengadakan mesyuarat berikutnya pada 9 September 2021.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Ahli Ekonomi OCBC, Wellian Wiranto, berkata walaupun pertumbuhan KDNK suku kedua 2021 mengatasi jangkaan pasaran pada 16.1 peratus tahun ke tahun, realitinya prospek ekonomi menerima kesannya berikutan usaha membendung COVID-19 pada masa ini.

Menurutnya, ini menyebabkan BNM bertindak menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK tahun penuh 2021 antara 3.0 peratus hingga 4.0 peratus berbanding 7.5 peratus, sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun BNM menyatakan bahawa pemulihan ekonomi secara beransur-ansur itu dijangka berlaku pada suku keempat dan ketara pada tahun depan, impak ke atas ekonomi dapat dilihat sekarang sebagaimana dipaparkan menerusi unjuran terkini yang akan disusuli dengan reaksi dalam bentuk kelonggaran dasar seperti OPR.

“Walaupun BNM mengekalkan kadar OPR pada Julai lalu, kemungkinan untuk bank pusat itu berpendirian sama tetap ada.

“Malah, jika perkembangan membabitkan virus itu bertambah baik dan Lembah Klang dibuka semula pada beberapa minggu akan datang, maka BNM berkemungkinan selesa dengan (unjuran) tahap pemulihan di masa-masa akan datang,” katanya.

Namun, Wiranto berkata, jika senario politik menyaksikan perkembangan lebih sukar selepas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibentangkan pada 7 September depan, ini bermakna OPR turut berperanan untuk menentukan kestabilan pasaran.

“Usul undi percaya terhadap perdana menteri dijadual dikemukakan di Dewan Rakyat pada tarikh itu walaupun terdapat desakan pihak pembangkang supaya diadakan lebih awal.

“Berdasarkan ketidaktentuan keadaan politik sekarang dan jika undian itu serta impaknya tidak dapat meredakan reaksi pasaran, ada kemungkinan BNM akan mengekalkan OPR bagi memastikan kestabilan pada masa itu,” katanya. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close