
Gandingan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri meraih gangsa acara 10m platform terjun seirama wanita di Kejohanan Dunia Budapest.
Pandelela dan Dhabitah mengutip 298.68 mata, manakala pasangan China Chen Yuxi dan Quan Hongchan memenangi emas dengan catatan 368.40.

Pasangan dari Amerika Syarikat Delaney Schnelle dan Katrina Young mengutip 299.40 mata untuk pingat perak.
Chen, 16, dan Quan, 15, meraih emas dan perak dalam acara 10m platform individu sebelum ini di mana Pandelela mengutip gangsa. – AFP