Kedai RuncitPilihan Editor

Hadiah Untuk Pasangan: Promosi Hari Valentine Dengan HONOR

Dapatkan rebat segera RM200 untuk setiap pembelian HONOR 70!

Jambangan bunga ros merah dan coklat kebiasaannya menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada pasangan sempena sambutan Hari Valentine.

Meraikan simbol kasih sayang, HONOR menawarkan rebat segera RM200 bagi telefon kamera terbaik, HONOR 70 sempena Jualan Hari Valentine HONOR bermula 6 Februari hingga 28 Februari 2023! Berikut merupakan tawaran HONOR untuk si dia sempena Hari Valentine!

Mencipta Memori dengan Telefon Kamera Terbaik

HONOR 70 dilengkapi Kamera Penderiaan Super IMX800 yang pertama dalam industri dan mampu menangkap imej jelas dan berkualiti, walaupun pada waktu malam dan cahaya latar yang malap. HONOR 70 digelar sebagai telefon kamera terbaik dalam lingkungan harga RM2,000 kerana menawarkan ciri kamera boleh dipercayai pada harga berpatutan.

Pada Hari Valentine ini, HONOR 70 adalah yang terbaik untuk mengambil gambar menayangkan cinta dan kasih sayang kerana telefon pintar ini mempunyai Kamera Dwi Utama yang terdiri daripada Kamera Utama Penderiaan Super 54MP dengan Penderiaan IMX800 1/1.49 inci dan kamera Ultra Lebar & Makro 50MP.

Jadi, pastikan anda memilih HONOR 70 yang ditawarkan pada harga hanya RM1,799 selepas rebat RM200 beserta sarung telefon percuma!

Skrin Lengkung Paling Dikehendaki oleh Pengguna Malaysia

HONOR X9a 5G yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini menawarkan Skrin Melengkung OLED 6.67 inci Ultra Kukuh. Skrin ini bukan sekadar kaca biasa kerana menggunakan kaca Super Reinforced setebal 0.65mm untuk hasil lebih tahan jatuh.

Rupa HONOR X9a 5G yang premium dan estetik ini turut menawarkan pemalapan 1920Hz PWM dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland bagi melindungi mata pasangan anda daripada keletihan selain memberi pengalaman menonton yang menyeronokkan.

HONOR X9a tersedia pada harga RM1,499 bagi versi 13GB (8GB+5GB) + 256GB, termasuk hadiah percuma fon telinga Pembatalan Ultra Hingar, HONOR CHOICE Earbuds X3.

Hakikatnya, kita semua mahukan komputer riba pada harga mampu milik, pada masa sama memenuhi semua keperluan untuk prestasi dan bateri. Di sini, anda boleh menilai komputer riba yang memenuhi ciri-ciri tersebut dengan tawaran rebat segera sebanyak RM300!

Siri HONOR MagicBook – Bekerja lebih pintar untuk sambungan segera

Siri HONOR MagicBook hadir dengan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 65W untuk perhubungan sepanjang hari.

Kompuer riba ini yang ringan memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja.

Penggunaan untuk waktu lama juga tiada masalah dengan tanda dagang Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan TÜV Rheinland Flicker Free yang mengurangkan keletihan mata untuk pengalaman kerja dan hiburan lebih baik. Anda boleh maratonton Netflix sepanjang minggu Hari Valentine!

Dengan fungsi HONOR MagicLink, pengguna juga boleh mengakses fail dalam telefon pintar melalui  pemindahan dan pengurusan fail yang mudah. Nah, pastinya sukar untuk menolak komputer riba yang menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik bukan?

Hanya pada Jualan Hari Valentine HONOR sahaja, harga yang ditawarkan untuk HONOR MagicBook X 15 i3 versi 8GB RAM + 256GB ROM SSD berharga RM2,199, manakala versi i5 8GB RAM + 512GB ROM SSD pada harga RM 2,699. Sementara HONOR MagicBook X 14 yang mampu milik dijual pada harga RM 2,299 untuk versi i3 8GB RAM + 512GB ROM SSD.

Jangan tunggu lagi! Simpan wang untuk dibelanjakan pada Jualan Hari Valentine HONOR! Untuk promosi dan produk baharu HONOR boleh layari https://www.hihonor.com. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close