Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Pertumbuhan Ekonomi China Kekal Mantap

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China untuk tiga suku pertama tahun ini merekodkan pertumbuhan sebanyak 9.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Pusat Data China di Universiti Tsinghua, Xu Xianchun berkata ekonomi domestik menyaksikan pemulihan mantap, didorong oleh penggerak baharu.

Untuk rekod, output kenderaan tenaga alternatif, robot perindustrian dan litar bersepadu masing-masing menokok 172.5 peratus, 57.8 peratus dan 43.1 peratus.

Sementara itu, jualan runcit barangan dalam talian meningkat 15.2 peratus, sekali gus menyumbang sebanyak 23.6 peratus kepada keseluruhan jualan runcit barang pengguna di China.

Menurut Xu, selain mempercepat transformasi digital serta menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif, China juga akan terus membangunkan gudang di luar negara, e-dagang rentas sempadan dan internet perindustrian.

Beliau berpendapat bahawa kesemua elemen berkenaan dapat melancarkan lagi rantaian bekalan dalam dan luar negara.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan ia bukan saja dapat mengukuhkan kerjasama dan pertukaran antara China dengan negara lain, malah mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi China. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close