Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: PROTON Pamer X50 Sport Edition, Tampil Banyak Kelebihan

Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini mempamerkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, X50 Sport Edition.

Penambahbaikan daripada varian X50 Premium ini tampil dengan banyak kelebihan berbanding versi sedia ada.

Ia merangkumi kit badan hadapan, belakang dan skirting tepi.

Hadir dengan warna badan Quartz Black, X50 Sport Edition diserahkan lagi dengan skirting berwarna Merah, termasuk pada gril bahagian bawah dan bampar belakang.

Pada bahagian badan terdapat pelekat berwarna merah untuk melengkapkan lagi penampilan X50 Sport Edition ini.

 

Ruang kabin PROTON X50 Sport Edition - NSTP/MOHD ZAKY ZAINUDDIN
Ruang kabin PROTON X50 Sport Edition – NSTP/MOHD ZAKY ZAINUDDIN

 

Menjengah ke dalam kabin, jentera edisi istimewa ini menampilkan pengecas tanpa wayar, karpet edisi terhad, scuff plate dan tray but.

Aspek mekanikal kekal sama di mana versi ini tampil dengan enjin 1.5L TGDi dengan transmisi dual-clutch (DCT) 7 kelajuan, menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork.

Aspek keselamatan juga sama dengan ciri seperti sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), termasuk kawalan jelajah adaptif, brek kecemasan autonomi, dan bantuan kekal lorong.

Harga bagi varian premium adalah sekitar RM113,300, dengan versi Sport Edition dijangka lebih tinggi sedikit berdasarkan penambahbaikan yang ditampilkan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close