Dimensi BisnesPilihan Editor

Pelaburan ASB Masih Berbaloi

Pelaburan di dalam unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) masih berbaloi biarpun pulangan yang diberikan sejak setahun, dua ini adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Aaron Tang, berkata ini kerana landskap dunia sudah berubah pada masa kini yang mana keadaan semasa yang dipanggil sebagai kadar faedah rendah berlaku di merata dunia termasuklah di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, bukan hanya di Malaysia.

Beliau yang juga adalah pengasas dan penulis blog Mr Stingy berkata, maka pada pandangannya, adalah tidak adil untuk mengatakan yang pelaburan ASB sudah tidak berbaloi kerana dividennya rendah.

“Rendah jika dibandingkan dengan apa? Kalau saham, maka perbandingan ini amat berbeza sebenarnya. Saham tiada jaminan modal seperti ASB selain ASB menawarkan harga tetap iaitu RM1 seunit dan apa yang berbeza setiap tahun ialah sama ada dividennya lebih tinggi atau rendah.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam program Sembang-sembang ASNB yang disiarkan secara maya bersempena dengan Minggu Saham Digital 2021 (MSD2021), semalam.

Sementara itu Alwi berkata, pelabur perlu melihat tiga perkara sebelum membuat sebarang pelaburan iaitu yang pertama ‘security’ atau selamat, yang mana pelabur perlu pastikan modal mereka adalah selamat.

“Yang kedua ialah ‘liquidity’ atau kecairan, iaitu sama ada wang yang telah dilabur mudah untuk diambil semula atau tidak manakala yang terakhir ialah ‘profitability’ atau kebolehuntungan.

“Jadi ketiga-tiga ini adalah ciri yang kita boleh tengok pelaburan itu pada kategori mana sama ada tinggi risiko, tinggi pulangan atau rendah risiko, rendah pulangan,” katanya.

Sebagai contoh ASB katanya, dari segi modal ia adalah selamat dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Dari segi pulangan pula, untuk tahu sama ada ASB ini memberi pulangan tinggi atau rendah, kita perlu bandingkannya dengan penanda arasnya iaitu simpanan tetap di bank.

“Kadar pulangannya adalah hampir sekali ganda daripada yang ditawarkan oleh simpanan tetap, maka kita boleh katakan pulangan yang diberikan adalah bersesuaian dengan penanda arasnya.

“Maka apabila kita teliti ketiga-tiga perkara ini, maka risikonya (pelaburan ASB) adalah rendah,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close