Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Kehadiran Delegasi GLOPEC Di SIAL PARIS 2022 Dapat Memperkenalkan Produk Sabah Di Mata Dunia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my di Paris, Perancis

Kehadiran delegasi Pusat Sehenti Usahawan Global  (GLOPEC) di Salon International de l’Alimentation (SIAL) Paris 2022 dapat memperkenalkan produk Sabah kepada bakal pembeli dan pengunjung pameran makanan dan inovasi terbesar di dunia.

Kami menyediakan sampel makanan dan minuman untuk dirasai oleh pengujung ke booth atau gerai GLOPEC yang mengekalkan tema “Taste of Sabah” seperti penyertaan di London, United Kingdom dan Pattaya, Thailand.

Pengunjung memuji keluaran usahawan Sabah yang sesuai dengan minat mereka selain bertanyakan produk lain yang diedarkan oleh GLOPEC termasuk minyak kelapa sawit.

GLOPEC turut mempamerkan produk lain seperti pes, sambal, kopi, teh, sabun, sos dan mengedarkan kraftangan yang dibawa khas ke Paris.

Pengunjung terutama bakal pembeli akan diberikan katalog dalam bahasa Inggeris selain memberitahu mereka katalog digital dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis untuk memudahkan mereka mengetahui maklumat mengenai keluaran IKS Sabah.

Booth GLOPEC di Dewan 8 dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Kami ditempatkan oleh Matrade bersama syarikat makanan dan minuman Malaysia.

Pameran makanan dan inovasi ini diadakan di lapan dewan besar dengan penyertaan dari seluruh dunia.

Selain Glopec, antara syarikat dari Malaysia ialah Julie’s, Juta Food, F&N dan Musafer.

Sementara itu, delegasi Kumpulan Yayasan Sabah, GLOPEC dan Kristal Handal turut menyantuni TYT Duta Besar Malaysia Ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid yang singgah di booth Taste of Sabah.

Turut bersama Azmi Aziz, Pengarah GLOPEC dan Zaiton Bakri, Pengurus Besar Kristal Handal Sdn Bhd dan rakan-rakan GlOPEC.

Setiausaha Korporat Kumpulan Yayasan Sabah, Hanafiah Diman dan Pengarah GLOPEC, Azmi Aziz menyerahkan cenderahati kepada Duta Besar Malaysia ke Perancis di booth GLOPEC, Dewan 8.

Cenderahati berkenaan mengandungi produk keluaran usahawan kecil dan sederhana Sabah dan barang kraftangan daripada Lembaga Pelancongan Sabah.

Dato Zamruni mengadakan lawatan dan menyantuni usahawan dan wakil syarikat-syarikat Malaysia di SIAL PARIS 2022 petang ini (18 Oktober 2022). – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close