Duniaku TeknokratPilihan Editor

BANJIR: UDA Terus Giat Hulurkan Bantuan Kepada Komuniti Terkesan Banjir Di Seluruh Malaysia- Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“UDA Holdings Bhd (UDA) terus giat menghulurkan bantuan kepada komuniti terkesan banjir di seluruh Malaysia,” kata Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim.

 

Bantuan ke seluruh negara itu menyalurkan sumbangan tambahan berjumlah RM85,000 berupa barangan keperluan asas seperti toto dan makanan.

Datuk Norliza berkata UDA mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan bantuan ke beberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor iaitu Klang, Kuala Selangor, Kapar dan Kota Raja pada 23 Disember lalu.

“Ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke Kuala Selangor, UDA turut berkesempatan menyantuni tiga keluarga iaitu Mazlan Md Isa, Khairiah Kamarudin dan Rahim Kamarudin yang terkandas di Jalan Sepakat, Kampung Parit Mahang, Jeram.

“Sebelum itu, UDA bersama-sama MEDAC turut mendekati mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil di Hulu Langat bagi memberikan bantuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia juga menyerahkan bakul makanan di wilayah timur iaitu di Kuala Terengganu.

UDA sudah menyalurkan bantuan bernilai RM50,000 pada hujung minggu lalu, menjadikan jumlah sumbangan terkumpul setakat ini ialah RM135,000.

Bersama anak syarikatnya AnCasa Hotels & Resorts, UDA memulakan misi bantuan banjir pada hari Ahad minggu lalu dengan menyumbangkan 1,000 pek makanan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Serai serta 600 bakul makanan ke beberapa PPS di Seremban, Dengkil, Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat.

Selain itu, UDA menerusi anak syarikatnya, UDA Dayaurus Sdn Bhd turut membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Kuala Langat.

UDA menerusi Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan, Bahagian Modal Insan Kumpulan, Badan Kebajikan Kakitangan UDA (BKKU) serta Badan Didikan Islam UDA (BADIM) turut membantu kakitangan yang terkesan dengan memberikan cuti khas, bantuan kewangan, makanan, barang keperluan serta sukarelawan bagi membantu membersihkan kediaman. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close