Kedai RuncitPilihan Editor

Harga Makanan Kegemaran Seperti Roti Canai, Nasi Lemak & Sate Meningkat Hampir Dua Kali Sejak 13 Tahun Lalu – DOSM

Harga makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti roti canai, nasi lemak dan sate meningkat hampir dua kali sejak 13 tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporannya bertajuk Analisis Indeks Harga Pengguna (IHP) Tahunan 2024 memaparkan harga roti canai meningkat 71.1 peratus daripada purata harga 90 sen sekeping pada 2011 kepada RM1.54 pada 2024, manakala harga nasi lemak naik 81.3 peratus daripada RM2.03 sepinggan kepada RM3.68 pada 2024.

Harga sate ayam pula meningkat lebih dua kali, melonjak sebanyak 113.7 peratus daripada 51 sen secucuk pada 2011 kepada RM1.09 tahun lalu.

Laporan itu antara lainnya turut memaklumkan bagi perbandingan tempoh yang sama, bawang besar yang diimport dari India turut mencatat peningkatan ketara 139.4 peratus daripada RM2.89 kepada RM6.92 sekilogram.

Bahan keperluan harian lain yang turut dianalisis dalam laporan itu menyaksikan harga santan segar meningkat daripada RM7.39 sekilogram pada 2011 kepada RM11.54 pada 2024 manakala kelapa parut naik daripada RM5.18 sekilogram pada 2011 kepada RM8.33 tahun lalu..

DOSM hari ini melaporkan inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.8 peratus pada 2024 daripada 2.5 peratus pada 2023 dengan mata indeks mencatatkan 132.8 berbanding 130.4 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, berdasarkan data Tinjauan Ekonomi Dunia Tabung Kewangan Antarabangsa bagi April 2025, inflasi negara adalah selari dengan kadar inflasi global sebanyak 5.7 peratus pada 2024, lebih perlahan berbanding 6.6 peratus yang direkodkan pada 2023. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close