Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Sokongan Barisan Nasional (BN) semakin menurun !
Tak kebal lagi buat BN !
Jumlah undi BN pun semakin merosot setiap kali pilihan raya !
Itulah pengamatan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Razali Idris bahawa Kijal bukan lagi kubu kuat BN.
Pengundi tegar yang selama ini menyokong penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Said yang memegang selama sembilan penggal sejak 1990 mula berubah angin.
Ikut laporan Utusan Malaysia, Razali menyifatkan sokongan terhadap Ahmad yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu dilihat semakin berkurangan setiap kali pilihan raya.
“Mana kuat lagi (BN di DUN Kijal), tidak kuat.
“Kalau kuat itu pun dahulu, ketika saya masih lagi dalam UMNO. Sekarang kita nampak sokongan terhadap BN itu tidak kuat,” katanya sebaik selepas menyantuni warga Kijal dan peniaga pasar malam di pekan Kijal.
Ia terbukti apabila setiap lima tahun, kemenangan Ahmad Said dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) semakin lama, semakin kurang sehinggalah PRU14 apabila beliau hanya memperoleh 9,545 undian dengan majoriti yang rendah iaitu 1,265 undian, berbanding tahun-tahun sebelumnya, majoriti diperoleh beliau tinggi.
Ketika bertanding di kerusi Parlimen, Ahmad kalah bagi peti undi DUN Kijal, jadi DUN Kijal ini bukan lagi Kubu kuat BN dan sokongan rakyat mula berubah.
Pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Razali dan Ahmad.
Untuk rekod, Ahmad menyandang kerusi DUN Kijal sejak 1990 selama sembilan penggal dan pernah dikalahkan Mehamed Sulong dari Pas pada tahun 1999 dengan hanya 264 undian. – BACALAHMALAYSIA.MY/UTUSAN ONLINE