Dimensi BisnesPilihan Editor

Bank Muamalat Tawar Moratorium Pinjaman Kepada Mangsa Banjir

Bank Muamalat Malaysia Bhd menawarkan tempoh moratorium pinjaman sehingga enam bulan bagi semua kemudahan pembiayaan kepada individu dan perniagaan di kawasan yang dilanda banjir.

Tawaran moratorium itu dibuka kepada pelanggan yang layak bermula semalam sehingga 28 Februari 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin, berkata bank itu prihatin dengan kesejahteraan pelanggannya yang terjejas akibat banjir yang sedang melanda sekarang yang menjejaskan ribuan penduduk, merosakkan ladang dan menyebabkan perniagaan ditutup.

Oleh itu, katanya, bank menawarkan bantuan dalam bentuk moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan berdasarkan kepada merit kes.

“Kami faham ramai pelanggan telahpun berdepan kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19 dan situasi banjir ketika ini membebankan lagi mereka.

“Oleh itu, bank ini akan terus menghubungi pelanggan menerusi pelbagai platform media sosial bagi memastikan mereka mendapat penangguhan dalam kewajipan kewangan mereka semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang ingin memohon bantuan perlu melengkapkan bukti dokumen yang berkaitan seperti foto dan pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, Khairul berkata pelanggan yang termasuk dalam program yang ketika ini dikenal pasti sebagai “Bantuan Pembayaran Bersasar” atau “Bantuan Pembayaran Bersasar Dipertingkat” layak memohon dan tempoh pembayaran moratorium itu akan menggantikan program sedia ada.

Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan bank tersebut di talian 03-2600 5500. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close