Oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Tahan Lasak !
Mengasak !
Inilah pendekatan UMNO Sabah dalam menerajui kepartian dan menyantuni ahli dan rakyat akar umbi.
“Patah Tumbuh Hilang Berganti. Bersetuju dengan pendekatan pemimpin negeri agar tahan lasak dan mengasak,” kata Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam entri terbaharu di Facebook rasminya.
Malahan, beliau melihat semangat Timbalan dan Naib Ketua UMNO Sabah yang ditemui pagi ini (tadi) begitu kental.
Semalam (25 Julai 2020), Presiden UMNO berpandangan dan mendapati bahawa rakyat Sabah rindukan UMNO dan BN.
“UMNO Sabah terus diperkukuhkan.
“Terima kasih Ketua UMNO Bahagian-Bahagian Sabah yang bersama saya malam ini (semalaman),” dalam entri Facebooknya.
Ahmad Zahid bersama kepimpinan tertinggi Pusat UMNO sedang melakukan rangka kerja selama dua hari di negeri Sabah. – BACALAHMALAYSIA.MY