MalaysiaPilihan Editor

Batik Terengganu Terbaik, Tingkat Kembali Sektor Batik Terengganu – Razali Idris

Keputusan kerajaan meluluskan pemakaian batik Malaysia pada setiap Khamis dan hari bekerja lain dijangka memberi suntikan bagi meningkatkan lagi industri batik di Terengganu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, usaha itu disambut baik oleh semua pengusaha selain turut menjangka ia akan berpotensi meningkatkan jualan dan pasaran batik tradisional di negeri itu.

“Selepas kerajaan meluluskan untuk ia dipakai pada hari biasa bekerja, kita jangka ia membantu dari segi meningkatkan jualan batik di Terengganu dan sudah tentu ia disambut baik oleh semua pengusaha batik tempatan,” katanya.

Menurut Razali, kerajaan juga diharap memainkan peranan dalam mengekang kemasukan lambakan batik dari luar negara yang merencatkan sektor batik tempatan.

“Batik luar harga memang murah namun kualitinya tidak setanding dan jauh berbeza dengan batik tempatan dan tradisional.

Isnin lalu, semua pegawai perkhidmatan awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain adalah digalakkan.

Peraturan itu yang berkuat kuasa 21 Ogos 2023 dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed. – SINAR HARIAN ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close