Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Parit Unggul – Pelaburan Pembinaan Kilang Pembuat Kompenan E&E Tarik RM300 Juta

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Pelaburan pembinaan Kilang Pembuat Kompenan Elektrik & Elektronik (E&E), XP Power (Malaysia) di Tapak Kilang XP Power (M) Sdn Bhd, di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Bandar Seri Iskandar, adalah bukti kejayaan kerajaan Perak Barisan Nasional (BN).

Sejajar dengan pembinaan itu, sebanyak RM300 juta dari aspek pelaburannya serta menyediakan kira-kira 1,200 peluang pekerjaan bagi penduduk dan sekitarnya di bawah Parlimen Parit serta Dewan Undangan Negeri (Dun) Belanja dan Bota.

Pembukaan bakal kilang yang besar itu akan memberi implikasi limpahan ekonomi yang sangat positif apabila ia dijangka bermula pada suku kedua 2024.

Telah dirasmikan menerusi majlis pecah tanah pada awal September 2022 lalu oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

 

Pembukaan projek mega ini sejajar menerusi kesejahteraan ekonomi di bawah manifesto BN kerajaan Perak yang hendak menarik pelabur asing.

XP Power juga akan bekerjasama dengan beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Perak seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) untuk mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Sepanjang 2021 lalu, Perak mampu merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.6 bilion melibatkan 137 projek bagi industri pembuatan dan perkhidmatan.
Statistik terbaru Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) turut menunjukkan Perak mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.3 bilion bagi enam bulan pertama tahun 2022 ini.

Calon BN kerusi DUN Bota, Khairul Shahril Mohamed melahirkan kegembiraan kepada warga Bota kerana adanya satu peluang pekerjaan yang besar di kawasan kita.

“Tidak perlu lagi berhijrah kerana sudah ada peluang pelaburan dan pekerjaan di depan.

“Mungkin kita akan usahakan tanah-tanah yang terbiar untuk dijadikan kawasan perindustrian yang berpotensi.

“Yang penting usaha murni kerajaan BN Perak ini menjadikan negeri ini sebagai pilihan pelabur luar memandangkan negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang sudah tidak ada ruang kawasan perindustrian,” katanya.

Untungnya warga Parlimen Parit termasuk DUN Belanja dan Bota yang bakal menikmati manfaat yang besar serta memberikan peluang yang luas ini, terutama golongan belia yang mencari pekerjaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close