Duniaku TeknokratPilihan Editor

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali Dilantik Pengerusi MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata Zainun sebelum ini menerajui syarikat itu dari 18 Jan 2019 hingga 11 Ogos 2020.

Ketika ini, Zainun ialah Pengarah Permodalan Nasional Bhd (PNB), Pengarah dengan Allianz Malaysia Bhd (AMB) dan perunding di firma guaman Zain & Co.

“Beliau merupakan hakim di tribunal pentadbiran Bank Pembangunan Islam Jeddah dan merupakan penimbang tara berdaftar di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).
“Kerjaya cemerlangnya di mahkamah menyaksikan beliau melaksanakan beberapa penghakiman penting yang telah memberi impak kepada perundangan Malaysia,” tambah MAHB. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close