GovernansPilihan Editor

Kerajaan Tak Patut Terbabit Dalam Perniagaan, kata Bekas Menteri Kewangan II

Kerajaan sewajarnya tumpu kepada mentadbir negara bukan cenderung untuk terbabit dalam perniagaan, kata bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu mengambil contoh, pelancaran 5G dan berkata, langkah paling wajar adalah kerajaan berurusan dengan syarikat telekomunikasi secara langsung berbanding menubuhkan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Apabila kerajaan Thailand mahu melaksanakan 5G, mereka tidak menubuhkan entiti baharu untuk melaksanakannya. Ia dilancarkan dengan pantas dan lancar,” katanya dalam wawancara bersama portal FMT.

DNB sebuah entiti kegunaan khas 100 peratus milik Kementerian Kewangan Diperbadankan. Ia diberi tanggungjawab membina dan mengurus rangkaian 5G serta menjadi penyedia borong tunggal perkhidmatan 5G.

DNB menafikan dakwaan itu.

“Kerajaan tubuhkan syarikat untuk berurusan dengan syarikat telekomunikasi tetapi mereka tiada keyakinan terhadap entiti kerajaan itu,” kata Johari.

Itu antara sebab mengapa kemajuan pelancaran 5G ketika ini hanya sekitar 40 peratus, kerana pelaksanaannya tidak mendapat sokongan penuh pemain industri, katanya.

Sekiranya pelaksanaan itu tidak berjaya, kerajaan yang membelanjakan kira-kira RM16.5 bilion untuk prasarana 5G bagi 80% liputan tidak akan dapat semula pelaburannya.

“Tetapi jika anda berikan kepada sektor swasta, mereka tahu cara mengendalikannya. Kita hanya perlu pastikan kita mengawal mekanisme untuk memastikan ia memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat.”

Johari menganggarkan, hasil kira-kira RM5 hingga RM6 bilion boleh diraih daripada pajakan spektrum kepada penyedia rangkaian.

“Penyedia rangkaian itu kemudian akan melabur dalam pelancaran yang dipacu permintaan, yang bukan sahaja lebih pantas berbanding DNB tetapi sampai kepada golongan masyarakat dan industri yang perlukan 5G.”

Johari berkata, kesan gandaan ekonomi daripada kerahan sektor swasta akan mencipta lebih banyak pekerjaan.

“Itu yang sepatutnya dilakukan kerajaan, bukannya berniaga. Pemerintah (harus) tumpu pada mentadbir kerajaan dan mengutip cukai,” katanya.

“Apabila kerajaan mula berniaga, di situlah banyak masalah timbul,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close