Pilihan EditorTwo Cents

Enam Dalam 10 Pekerja Di Malaysia Memilih Fleksibiliti Berbanding Bekerja 4 Hari Seminggu – LIDAH PENGARANG

Minggu kerja lebih pendek menimbulkan kebimbangan tentang waktu bekerja yang lebih panjang, kekecewaan pelanggan dan prestasi syarikat

Dalam pada idea bekerja empat hari seminggu terus mendapat perhatian merentasi Asia Tenggara, penyelidikan Qualtrics baharu menunjukkan bahawa 60% pekerja penuh masa di Asia Tenggara  memilih fleksibiliti untuk bekerja bila-bila masa berbanding denagn kurang satu hari bekerja (37%).

Bagi pekerja di Malaysia, pilihan fleksibiliti lebih tinggi, dengan 62% memilihnya berbanding minggu bekerja yang lebih pendek (48%).

Fleksibiliti juga pendorong yang lebih besar untuk syarikat mengekalkan pekerja (66%) berbanding bekerja empat hari seminggu (50%) di Asia Tenggara.

Dengan organisasi Asia Tenggara terus memperhalusi cara bekerja selepas dua tahun bekerja jarak jauh, dan pemimpin di Malaysia masih berbahas kebolehlaksanaan amalan bekerja empat hari seminggu, dapatan Qualtrics menunjukkan kepentingan berjaya menjajarkan program baharu yang diterima pakai dengan keperluan dan jangkaan pekerja. 

Bagi sepertiga pekerja di Asia Tenggara (33%), fleksibiliti bermakna kebebasan  menentukan jam bekerja.

Selebihnya mentakrifkan fleksibiliti sebagai keupayaan bekerja dari mana-mana lokasi (24%), memilih hari mereka bekerja (19%), atau dinilai berdasarkan prestasi, bukan bilangan jam bekerja (18%). Responden daripada Malaysia menyuarakan pilihan yang sama.

Pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari, tetapi ada perkara yang membimbangkan mereka.

Walaupun majoriti daripada pekerja memilih fleksibiliti jika diberi pilihan, 86% daripada responden di Asia Tenggara bersedia menyokong kemajikan mereka melaksanakan minggu bekerja empat hari – kebanyakannya melihat penambahbaikan kesihatan dan kesejahteraan mereka sebagai sebabnya.

Kebanyakan responden – termasuk responden daripada Malaysia – percaya bahawa bekerja empat hari seminggu meningkatkan keseimbangan kidup bekerja (86%) dan kesejahteraan mental (82%), produktiviti (83%), dan membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.

60% daripada responden di Asia Tenggara sanggup dipotong gaji untuk bekerja kurang sehari dalam seminggu, manakala 54% daripada responden di Malaysia kurang sanggup.

Walaupun pelbagai program rintis bagi minggu bekerja empat hari menunjukkan banyak manfaatnya – seperti peningkatan kesejahteraan di Iceland dan peningkatan produktiviti di Jepun – banyak responden percaya bahawa akan ada timbal balas.

Hampir tiga perempat (72%) di Asia Tenggara mengatakan bahawa mereka jangkakan masa bekerja mereka akan menjadi lebih panjang, manakala 58% mengatakan bahawa pelanggan akan kecewa, dan prestasi syarikat akan terjejas.

Di Malaysia, responden mengatakan tempoh bekerja lebih panjang (68%), pelanggan yang kecewa (62%), dan prestasi syarikat (65%) sebagai perkara yang paling membimbangkan mereka.

Menilai prestasi dan kesejahteraan dalam model kerja baharu

Dalam pada pekerja menyesuaikan diri mereka dengan perubahan landskap ini, dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu yang dilaksanakan ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, dan memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh. 

Ini ialah langkah yang diambil terhadap 72% daripada responden yang mengatakan bahawa pekerjaan mereka adalah penyumbang utama kepada cabaran kesihatan mental.

Walaupun bilangan responden yang serupa daripada Asia Tenggara mengatakan bahawa bekerja jarak jauh telah memberi impak positif (25%) dan negatif (25%) ke atas kesihatan mental mereka, ia berbeza bagi responden daripada Malaysia – dengan lebih banyak responden tempatan yang mengalami impak positif (30% positif, berbanding 22% negatif).

Dua pertiga (67%) daripada responden di rantau ini merasakan bahawa kemajuan kerjaya mereka akan terjejas jika mereka waktu kerja mereka fleksibel.

Gabungan dapatan ini mendapati kepentingan memahami keperluan individu dalam tenaga kerja untuk mendayakan majikan mengambil tindakan bersasar yang memastikan tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan.  

Satu kemungkinan penyelesaian kepada cabaran yang ditimbulkan oleh model bekerja baharu ialah mengukur prestasi pekerja berdasarkan hasil, bukan bilangan jam dan hari bekerja, dengan 89% daripada responden menyokong pendekatan ini.

Khususnya, responden merentasi Asia Tenggara melihat peningkatan kecekapan, fokus dan pengiktirafan sebagai sebab utama mereka berbuat demikian, manakala 26% harap bilangan jam kerja dikurangkan.

Majoriti daripada responden juga mengalu-alukan tawaran hari kesihatan mental berbayar daripada majikan mereka, dengan 94% mengatakan bahawa ini ialah penyelesaian jangka panjang yang baik untuk memastikan kesihatan mental yang baik.

Bagi organisasi yang memikirkan semula cara bekerja tradisional, dapatan Qualtics mendedahkan impak perubahan yang sedang dipertimbangkan dan dilaksanakan.

Bersikap proaktif untuk memahami cara pekerja mahu bekerja – dan manfaat dan kesulitan berkaitan kerana berbuat demikian – akan mendayakan majikan untuk membuat keputusan bermaklumat yang memastikan cara baharu yang diamalkan sejajar dengan keperluan seluruh tenaga kerja yang pelbagai.

Ini akan membantu mereka menyelesaikan masalah, seperti cabaran kesihatan dan kesejahteraan semasa, daripada akarnya.

“Dalam kekalutan melaksanakan model bekerja baharu, majikan tidak boleh terlepas pandang hakikat bahawa apa yang pekerja mahu dan telah terbiasa dengan fleksibiliti mengubah jadual bekerja mereka untuk disesuaikan dengan tuntutan kehidupan mereka ,” kata Lauren Huntington, Pakar Strategi Penyelesaian Pengalaman Pekerja, Asia Tenggara, Qualtrics.

“Kami melihat semakin banyak orang yang membuat keputusan kerjaya dan mendapat kepuasan dalam pekerjaan mereka dengan bekerja untuk organisasi yang benar-benar faham dan memenuhi keperluan mereka, dan tempat mereka rasa diterima dengan baik.

“Itulah sebabnya perkara paling penting dalam mana-mana model bekerja bukan sekadar bilangan jam atau hari bekerja – ia keupayaan untuk memahami dan memenuhi keperluan dan jangkaan orang untuk memastikan semua pihak –  termasuk pelanggan  – mendapat manfaat daripada transformasi yang sedang dilakukan.”

Tentang penyelidikan ini

Penyelidikan Qualtrics dijalankan pada bulan Mei 2022, dan merangkumi 3,415 responden yang berusia 18 tahun atau responden lebih berusia yang bekerja sepenuh masa atau secara sambilan merentasi pelbagai industri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Soalan yang berkaitan dengan minggu bekerja empat hari hanya dijawab oleh pekerja sepenuh masa, yang berjumlah 2,846 responden. 557 responden daripada Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close